Lucas 5
Kitab Suci Zabur dan Injil (ZLMKSZI) vs BKJ
1 Pada suatu hari semasa Isa berdiri di tepi pantai tasik Genesaret, ramai orang berasak-asak mengerumuni-Nya untuk mendengar firman Allah.
1 E aconteceu que, apertando-o a multidão para ouvir a palavra de Deus, ele estava junto ao lago de Genesaré,
2 Dia melihat dua buah perahu di situ. Para nelayan yang menangkap ikan telah turun dari perahu itu untuk membasuh jala mereka.
2 e viu dois barcos parados junto ao lago; mas os pescadores tinham descido deles, e estavam lavando suas redes.
3 Isa naik ke dalam salah sebuah perahu, iaitu perahu Simon dan memintanya menolak perahu itu jauh sedikit dari pantai. Isa duduk dan mengajar orang ramai dari perahu itu.
3 E, ele entrou em um dos barcos, que era de Simão, e lhe pediu que o afastasse um pouco da terra. E sentando-se, ensinava do barco a multidão.
4 Setelah Dia habis mengajar, Dia berkata kepada Simon, ‘Tolaklah perahu ke air yang dalam dan tebarkan jalamu untuk menangkap ikan.’
4 E, quando ele terminou de falar, disse a Simão: Velejai para o profundo, e lançai as redes para um arrastão.
5 Simon menjawab, ‘Tuan, semalaman kami cuba sedaya upaya tetapi tidak dapat menangkap apa-apapun. Tetapi, kerana Engkau menyuruh, aku akan menebarkan jala.’
5 E, respondendo Simão, disse-lhe: Mestre, nós trabalhamos a noite toda, e nada apanhamos; porém, por meio da tua palavra, eu lançarei a rede.
6 Setelah menebarkan jala, mereka menangkap begitu banyak ikan sehingga jala hampir terkoyak.
6 E, fazendo assim, eles pegaram uma grande quantidade de peixes; e a rede se rompia.
7 Mereka memanggil rakan-rakan dari perahu lain supaya datang menolong. Mereka datang lalu memenuhi kedua-dua buah perahu itu dengan ikan sehingga perahu-perahu itu hampir tenggelam.
7 E eles acenaram aos seus companheiros, que estavam no outro barco, para virem ajudá-los. E eles vieram, e encheram ambos os barcos, a ponto de começarem a afundar.
8 Apabila Simon Petrus melihat apa yang telah berlaku, dia berlutut di hadapan Isa dan berkata, ‘Tinggalkan hamba, Ya Junjungan kerana hamba seorang yang berdosa!’
8 E vendo isso Simão Pedro, caiu de joelhos diante de Jesus, dizendo: Afasta-te de mim, Senhor, porque eu sou um homem pecador.
9 Simon dan semua orang yang bersamanya takjub melihat begitu banyak ikan yang dapat ditangkap mereka.
9 Pois ele estava admirado, e todos os que estavam com ele, diante do arrastão de peixes que tinham feito.
10 Begitu juga Yakobus dan Yahya, anak-anak Zebedeus, rakan-rakan Simon.
10 E assim também estavam Tiago e João, filhos de Zebedeu, que eram sócios de Simão. E disse Jesus a Simão: Não temas; de agora em diante tu pescarás homens.
11 Setelah mereka menyadaikan perahu-perahu itu, mereka meninggalkan semuanya lalu mengikut Isa.
11 E, levando os seus barcos para terra, eles abandonaram tudo, e o seguiram.
12 Pada suatu hari Isa berada di sebuah bandar. Terdapat seorang yang berpenyakit kusta. Apabila dia melihat Isa, dia meniarap lalu memohon kepada-Nya, ‘Tuan, jikalau Tuan mahu, Tuan berkuasa untuk mentahirkan aku.’
12 E aconteceu que, estando ele em uma daquelas cidades, eis que um homem cheio de lepra, vendo a Jesus, caiu sobre a sua face, e pediu-lhe, dizendo: Senhor, se tu quiseres, podes purificar-me.
13 Lalu Isa pun menghulurkan tangan dan menyentuhnya sambil berkata, ‘Aku mahu. Tahirlah engkau!’ Seketika itu juga, penyakit kustanya hilang.
13 E ele colocou a sua mão e tocou-o, dizendo: Eu quero, seja purificado. E imediatamente a lepra o deixou.
14 Isa berpesan kepadanya, ‘Jangan beritahu hal ini kepada sesiapapun tetapi pergi tunjukkan dirimu kepada imam dan persembahkan suatu korban kerana pentahiranmu, seperti yang ditetapkan oleh Musa untuk membuktikan kepada semua orang bahawa engkau kini sudah tahir.’
14 E ele ordenou-lhe para que não contasse a nenhum homem: Mas vai, mostra-te ao sacerdote, e oferece pela tua purificação, conforme Moisés ordenou, como testemunho para eles.
15 Akan tetapi, berita tentang Isa tersebar lebih meluas dan ramai orang datang untuk mendengar ajaran-Nya serta memohon-Nya menyembuhkan penyakit mereka.
15 A sua fama, porém, se propagava ainda mais; e grandes multidões se ajuntavam para ouvi-lo, e para serem por ele curadas de suas enfermidades.
16 Tetapi Isa kerapkali mengasingkan diri ke tempat yang sunyi untuk berdoa.
16 E ele retirava-se para os desertos e orava.
17 Pada suatu hari ketika Isa mengajar orang, ada beberapa orang Farisi dan ahli Taurat duduk di situ. Mereka telah datang dari setiap bandar di Galilea dan Yudea dan juga dari Baitulmaqdis. Kuasa Allah ada pada Isa untuk menyembuhkan orang.
17 E aconteceu que, em um certo dia, enquanto ele estava ensinando, estavam ali assentados fariseus e doutores da lei, que tinham vindo de todas as aldeias da Galileia, e da Judeia, e de Jerusalém; e o poder do Senhor estava presente para curá-los.
18 Beberapa orang mengusung seorang yang lumpuh dan mereka mencari jalan untuk membawanya ke dalam rumah untuk meletakkannya di hadapan Isa.
18 E eis que uns homens traziam em uma maca um homem paralítico; e eles buscavam meios de levá-lo, e colocá-lo diante dele.
19 Oleh sebab mereka tidak dapat membawanya masuk kerana orang bersesak-sesak, mereka naik ke atas bumbung rumah lalu membuka genting supaya dapat menurunkan orang itu dengan tikarnya di tengah-tengah orang ramai di hadapan Isa.
19 E, eles não encontrando um caminho pelo qual o pudessem levá-lo por causa da multidão, subiram ao telhado, e desceram-no por entre as telhas com a sua maca para o meio, diante de Jesus.
20 Apabila Isa melihat iman mereka, Dia berkata kepada orang lumpuh itu, ‘Saudara, dosa-dosamu diampunkan.’
20 E, ele vendo a fé deles, disse-lhe: Homem, os teus pecados te foram perdoados.
21 Guru-guru Taurat dan orang Farisi mula berkata sesama diri, ‘Siapakah orang ini yang mengkufuri Allah? Siapakah yang dapat mengampunkan dosa kecuali Allah sahaja?’
21 E os escribas e os fariseus começaram a arrazoar, dizendo: Quem é este que diz blasfêmias? Quem pode perdoar pecados, senão Deus?
22 Tetapi Isa mengetahui fikiran mereka, lalu berkata kepada mereka, ‘Mengapakah kamu memikirkan perkara sedemikian?
22 Mas quando Jesus percebeu seus pensamentos, ele respondendo, disse-lhes: Que arrazoais em vossos corações?
23 Yang manakah lebih mudah: mengatakan, “Dosa-dosamu diampunkan,” atau “Bangunlah dan berjalan”?
23 O que é mais fácil dizer: Os teus pecados foram perdoados; ou dizer: Levanta-te, e anda?
24 Tetapi, supaya kamu ketahui bahawa Putera Insan berkuasa di bumi ini untuk mengampunkan dosa...’ Lalu Dia berkata kepada orang lumpuh itu, ‘Aku berkata kepadamu, bangunlah, angkat tikarmu dan berjalan pulang ke rumah!’
24 Mas para que possais saber que o Filho do homem tem poder sobre a terra para perdoar pecados (ele disse ao paralítico), digo-te: Levanta-te, toma a tua maca, e vai para tua casa.
25 Seketika itu juga, dia bangun di hadapan mereka sekalian. Dia mengangkat tikar tempat dia berbaring tadi lalu pulang sambil memuji Allah.
25 E imediatamente, levantando-se diante deles, e tomando o leito em que estivera deitado, partiu para sua própria casa, glorificando a Deus.
26 Semua orang tercengang-cengang dan memuji Allah. Mereka dipenuhi dengan perasaan takjub sambil berkata, ‘Pada hari ini kami telah menyaksikan hal yang ajaib!’
26 E todos ficaram perplexos, e glorificaram a Deus, e ficaram cheios de temor, dizendo: Hoje nós vimos coisas estranhas.
27 Kemudian Isa keluar dan nampak seorang pemungut cukai yang bernama Lewi sedang duduk di tempat kutipan cukai. Isa berkata kepadanya, ‘Ikutlah Aku!’
27 E, depois dessas coisas, ele saiu, e viu um publicano, de nome Levi, sentado na coletoria; e disse-lhe: Segue-me.
28 Lewi bangun, meninggalkan semuanya dan mengikut Isa.
28 E ele, deixando tudo, levantou-se e o seguiu.
29 Lewi menyediakan satu jamuan besar untuk Isa di rumahnya. Ada ramai pemungut cukai dan orang lain yang turut duduk bersama mereka.
29 E fez Levi uma grande festa em sua própria casa; e ali havia uma grande companhia de publicanos e outros que estavam sentados com ele.
30 Orang Farisi dan guru-guru Taurat yang semazhab bersungut-sungut kepada pengikut-pengikut Isa, ‘Mengapakah kamu makan dan minum bersama pemungut-pemungut cukai dan orang berdosa?’
30 Mas os escribas deles, e os fariseus, murmuravam contra os seus discípulos, dizendo: Por que comeis e bebeis com publicanos e pecadores?
31 Isa menjawab, ‘Orang sakitlah yang memerlukan tabib, bukannya orang sihat.
31 E Jesus, respondendo, disse-lhes: Os sãos não necessitam de médico, mas aqueles que estão enfermos.
32 Aku datang bukannya untuk memanggil orang benar, tetapi orang berdosa, supaya mereka bertaubat.’
32 Eu não vim para chamar os justos, mas pecadores ao arrependimento.
33 Mereka berkata kepada Isa, ‘Pengikut-pengikut Yahya kerapkali berpuasa dan berdoa. Demikian juga pengikut-pengikut orang Farisi. Tetapi pengikut-pengikut-Mu ini makan dan minum sahaja.’
33 E lhe disseram: Por que jejuam os discípulos de João muitas vezes, e fazem orações, e semelhante os discípulos dos fariseus, mas os teus comem e bebem?
34 Isa menjawab, ‘Dapatkah tetamu-tetamu pengantin lelaki diminta berpuasa selagi pengantin lelaki itu ada bersama-sama?
34 E ele lhes respondeu: Podeis fazer com que os convidados das núpcias jejuem, enquanto o noivo está com eles?
35 Tetapi selepas pengantin lelaki itu diambil daripada mereka, barulah mereka akan berpuasa.’
35 Mas dias virão em que lhes será tirado o noivo, e então, naqueles dias, eles jejuarão.
36 Isa memberitahu juga suatu ibarat kepada mereka: ‘Tiada sesiapapun yang mengoyak secarik kain daripada pakaian yang baru untuk menampalkannya ke atas pakaian lama. Jika demikian, pakaian yang baru itu koyak dan secarik kain yang baru itu tidak sepadan dengan yang lama.
36 E ele também citou uma parábola para eles: Nenhum homem põe um pedaço de uma roupa nova sobre uma velha; do contrário a nova rasga a ambos. E o pedaço que foi tirado da nova não combina com a velha.
37 Tiada sesiapa juga yang akan menuang air anggur yang baru ke dalam kirbat kulit yang lama. Jikalau demikian, air anggur yang baru itu akan mengoyakkan kirbat kulit itu, lalu air anggur di dalamnya akan tumpah dan kirbat kulit itu pun rosak.
37 E nenhum homem põe vinho novo em odres velhos; do contrário, o vinho novo romperá os odres e se derramará, e os odres se perderão.
38 Tetapi air anggur yang baru harus dituang ke dalam kirbat kulit yang baru.
38 Mas vinho novo deve ser posto em odres novos, e ambos são preservados.
39 Dan tiada sesiapapun gemar minum air anggur yang baru selepas dia minum air anggur yang lama kerana katanya, “Yang lama itu lebih baik.” ’
39 E nenhum homem tendo bebido o vinho velho quer logo o novo; porque ele diz: O velho é melhor.
Atalhos do teclado
- Capítulo anterior←
- Próximo capítulo→
- Versículo anteriork
- Próximo versículoj
- Limpar seleçãoEsc
- Esta ajuda?
Estude este capítulo no WhatsApp
Peça à IA da Bíblia Fala para explicar Lucas 5, comparar traduções ou montar um estudo — tudo direto pelo WhatsApp.