Hebreus 11

Kitab Suci Zabur dan Injil (ZLMKSZI) vs NVT

Sair da comparação
NVT Nova Versão Transformadora
1 Iman adalah kepastian akan perkara-perkara yang diharapkan, keyakinan akan perkara-perkara yang tidak dilihat.
1 A fé mostra a realidade daquilo que esperamos; ela nos dá convicção de coisas que não vemos.
2 Melaluinya nenek moyang kita telah dipuji.
2 Pela fé, pessoas em tempos passados obtiveram aprovação.
3 Melalui iman kita mengerti bahawa seluruh alam dibentuk dengan firman Allah. Nyatalah bahawa segala yang dilihat sekarang tidak dicipta daripada benda yang dapat dilihat.
3 Pela fé, entendemos que todo o universo foi formado pela palavra de Deus; assim, o que se vê originou-se daquilo que não se vê.
4 Melalui iman Habil telah mempersembahkan kepada Allah korban yang lebih baik daripada yang dipersembahkan oleh Kabil. Dengan demikian dia mendapat kesaksian bahawa dia seorang yang warak; Allah memberikan kesaksian tentang persembahannya. Oleh itu setelah Habil mati pun, dia masih berkata-kata.
4 Pela fé, Abel apresentou a Deus um sacrifício superior ao de Caim. Com isso, mostrou que era um homem justo, e Deus aprovou suas ofertas. Embora há muito esteja morto, ainda fala por meio de seu exemplo.
5 Melalui iman Henokh (juga disebut Idris) dipindahkan supaya dia tidak mengalami kematian, ‘dan tidak dapat dijumpai kerana Allah telah memindahkannya’; kerana sebelum dia dipindahkan, dia telah menerima kesaksian, bahawa dia mendapat keredaan Allah.
5 Pela fé, Enoque foi levado para o céu sem ver a morte; “ele desapareceu porque Deus o levou para junto de si”. Porque, antes de ser levado, ele era conhecido por agradar a Deus.
6 Tetapi tanpa iman, mustahil didapati keredaan-Nya. Sesiapa yang datang kepada Allah mestilah beriman bahawa Allah wujud dan Dia memberikan ganjaran kepada mereka yang berusaha untuk mencari-Nya.
6 Sem fé é impossível agradar a Deus. Quem deseja se aproximar de Deus deve crer que ele existe e que recompensa aqueles que o buscam.
7 Melalui iman, Nuh yang diberi amaran tentang perkara-perkara yang belum dilihat telah bertindak dengan rasa takut akan Allah. Nuh telah menyediakan bahtera untuk menyelamatkan seisi rumahnya. Dengan demikian dia telah mempersalahkan dunia dan mewarisi kebenaran menurut iman.
7 Pela fé, Noé construiu uma grande embarcação para salvar sua família do dilúvio. Ele obedeceu a Deus, que o advertiu a respeito de coisas que nunca haviam acontecido. Pela fé, condenou o resto do mundo e recebeu a justiça que vem por meio da fé.
8 Melalui iman Ibrahim taat apabila disuruh pergi ke tempat yang kemudian diterimanya sebagai warisannya. Dia pergi tanpa mengetahui ke mana dia pergi.
8 Pela fé, Abraão obedeceu quando foi chamado para ir à outra terra que ele receberia como herança. Ele partiu sem saber para onde ia.
9 Melalui iman dia tinggal di tanah yang dijanjikan itu seperti di negara asing. Dia tinggal di khemah-khemah dengan Ishak dan Yakub, yang bersamanya menjadi waris janji itu;
9 E, mesmo quando chegou à terra que lhe havia sido prometida, viveu ali pela fé, pois era como estrangeiro, morando em tendas. Assim também fizeram Isaque e Jacó, que herdaram a mesma promessa.
10 kerana dia menanti kota yang berasas, yang dibina dan dicipta oleh Allah.
10 Abraão esperava confiantemente pela cidade de alicerces eternos, planejada e construída por Deus.
11 Melalui iman Sarah juga mendapat kekuatan untuk mengandungkan benih lalu melahirkan anak padahal usianya sudah lanjut; kerana dia yakin bahawa Dia yang berjanji itu setia.
11 Pela fé, até mesmo Sara, embora estéril e idosa, pôde ter um filho. Ela creu que Deus era fiel para cumprir sua promessa.
12 Oleh itu daripada seorang lelaki yang dianggap hampir dengan maut, telah lahir keturunan sebanyak bintang-bintang di langit, tidak terkira bilangannya seperti butir-butir pasir di pantai.
12 E, assim, uma nação inteira veio desse homem velho e sem vigor, uma nação numerosa como as estrelas do céu e incontável como a areia da praia.
13 Semua mereka ini telah mati dalam iman. Mereka belum menerima janji itu. Akan tetapi setelah melihatnya pada masa yang akan datang mereka yakin terhadapnya, dan mengakui mereka orang asing dan musafir di muka bumi ini.
13 Todos eles morreram na fé e, embora não tenham recebido todas as coisas que lhes foram prometidas, as avistaram de longe e de bom grado as aceitaram. Reconheceram que eram estrangeiros e peregrinos neste mundo.
14 Mereka yang berkata demikian menyatakan terang-terang bahawa mereka sedang mencari tempat untuk dijadikan tanah air mereka.
14 Evidentemente, quem fala desse modo espera ter sua própria pátria.
15 Sesungguhnya, kalaulah mereka teringat akan negara yang telah mereka tinggalkan dahulu, mereka akan mendapat peluang untuk kembali.
15 Se quisessem, poderiam ter voltado à terra de onde saíram,
16 Tetapi kini mereka inginkan tempat yang lebih baik, iaitu di syurga. Oleh itu Allah tidak malu disebut sebagai Allah Tuhan mereka; Dia telah menyediakan sebuah kota untuk mereka.
16 mas buscavam uma pátria superior, um lar celestial. Por isso Deus não se envergonha de ser chamado o Deus deles, pois lhes preparou uma cidade.
17 Melalui iman Ibrahim, apabila diuji, menyerahkan Ishak sebagai korban; dia yang menerima janji-janji itu mempersembahkan anak lelakinya yang tunggal.
17 Pela fé, Abraão, ao ser posto à prova, ofereceu Isaque como sacrifício. Abraão, que havia recebido as promessas, estava disposto a sacrificar seu único filho,
18 Tentang anak itu telah disebutkan, ‘Dalam Ishak, benih keturunanmu akan dipanggil.’
18 embora Deus lhe tivesse dito: “Isaque é o filho de quem depende sua descendência”.
19 Allah berkuasa membangkitkannya daripada kematian; dan secara perlambangan dia telah menerimanya semula daripada kematian.
19 Concluiu que, se Isaque morresse, Deus tinha poder para trazê-lo de volta à vida. E, em certo sentido, recebeu seu filho de volta dos mortos.
20 Melalui iman, Ishak telah memberkati Yakub dan Esau berkenaan perkara-perkara yang akan datang.
20 Pela fé, Isaque prometeu bênçãos para o futuro de seus filhos, Jacó e Esaú.
21 Melalui iman, Yakub ketika akan mati telah memberkati setiap orang anak lelaki Yusuf lalu menyembah sambil bersandar kepada kepala tongkatnya.
21 Pela fé, Jacó, prestes a morrer, abençoou cada um dos filhos de José e se curvou para adorar, apoiado em seu cajado.
22 Melalui iman Yusuf, apabila hampir sampai ajalnya, telah menyebut pemergian kaum Israel dan berpesan tentang tulang-tulangnya.
22 Pela fé, José, no fim da vida, declarou com toda a confiança que os israelitas deixariam o Egito e deu ordens para que cuidassem de seus ossos.
23 Melalui iman Musa telah disembunyikan oleh ibu bapanya selama tiga bulan sejak lahirnya, kerana mereka melihat bahawa dia seorang bayi yang berparas istimewa dan mereka tidak takut akan perintah raja.
23 Pela fé, os pais de Moisés o esconderam por três meses tão logo ele nasceu, pois viram que a criança era linda e não tiveram medo de desobedecer ao decreto do rei.
24 Melalui iman Musa, setelah besar, tidak mahu disebut anak kepada puteri Firaun.
24 Pela fé, Moisés, já adulto, recusou ser chamado filho da filha do faraó,
25 Dia memilih untuk menanggung kesusahan bersama umat Allah daripada menikmati nikmat sementara melakukan dosa.
25 preferindo ser maltratado junto com o povo de Deus a aproveitar os prazeres transitórios do pecado.
26 Baginya celaan yang ditanggung al-Masih lebih berharga daripada seluruh kekayaan Mesir; kerana dia berharap mendapat ganjaran.
26 Considerou melhor sofrer por causa do Cristo do que possuir os tesouros do Egito, pois tinha em vista sua grande recompensa.
27 Melalui iman dia meninggalkan Mesir, tanpa takut akan kemurkaan raja; kerana hatinya teguh seolah-olah dia melihat Allah yang tidak mungkin dilihat.
27 Pela fé, saiu do Egito sem medo da ira do rei e prosseguiu sem vacilar, como quem vê aquele que é invisível.
28 Melalui iman dia mengadakan perayaan Paska dan perenjisan darah, supaya pembunuh anak-anak sulung tidak menyentuh anak-anak sulung Israel.
28 Pela fé, ordenou que o povo de Israel celebrasse a Páscoa e aspergisse com sangue os batentes das portas, para que o anjo da morte não matasse seus filhos mais velhos.
29 Melalui iman mereka menyeberangi Laut Merah seolah-olah berjalan di darat, sedangkan orang Mesir yang cuba berbuat demikian mati lemas.
29 Pela fé, o povo de Israel atravessou o mar Vermelho, como se estivesse em terra seca. Quando os egípcios tentaram segui-los, morreram todos afogados.
30 Melalui iman tembok Yerikho telah roboh setelah dikepung tujuh hari.
30 Pela fé, o povo marchou ao redor de Jericó durante sete dias, e suas muralhas caíram.
31 Melalui iman wanita pelacur yang bernama Rahab tidak musnah bersama orang yang tidak beriman, setelah dia menyambut para perisik dalam sejahtera.
31 Pela fé, a prostituta Raabe não foi morta com os habitantes de sua cidade que se recusaram a obedecer, pois ela acolheu em paz os espiões.
32 Apa lagi yang harus kukatakan? Aku kesuntukan waktu untuk bercerita tentang Gideon, Barak, Simson, Yefta, Daud, Samuel dan nabi-nabi,
32 Quanto mais preciso dizer? Levaria muito tempo para falar sobre a fé que Gideão, Baraque, Sansão, Jefté, Davi, Samuel e os profetas tiveram.
33 yang melalui iman telah menaklukkan kerajaan, menegakkan keadilan, mendapatkan janji, menutup mulut singa,
33 Pela fé, eles conquistaram reinos, governaram com justiça e receberam promessas. Fecharam a boca de leões,
34 memadamkan api yang ganas, terselamat daripada mata pedang, menjadi berani dalam peperangan, mengusir tentera-tentera asing.
34 apagaram chamas de fogo e escaparam de morrer pela espada. Sua fraqueza foi transformada em força. Tornaram-se poderosos na batalha e fizeram fugir exércitos inteiros.
35 Ada wanita yang mendapat kembali ahli keluarganya yang telah mati dan dihidupkan semula. Ada orang yang diseksa tetapi tidak mahu diselamatkan kerana mereka ingin mendapat kebangkitan yang lebih baik.
35 Mulheres receberam de volta seus queridos que haviam morrido. Outros, porém, foram torturados, recusando-se a ser libertos, e depositaram sua esperança na ressurreição para uma vida melhor.
36 Setengah-setengahnya pula menghadapi dugaan dengan diejek, dipukul, dirantai dan dipenjarakan.
36 Alguns foram alvo de zombaria e açoites, e outros, acorrentados em prisões.
37 Mereka direjam dengan batu, digergaji putus dua; mereka digoda, dan dibunuh dengan pedang. Mereka merayau-rayau berpakaian kulit kambing dalam keadaan papa, menderita, terseksa –
37 Alguns morreram apedrejados, outros foram serrados ao meio, e outros ainda, mortos à espada. Alguns andavam vestidos com peles de ovelhas e cabras, necessitados, afligidos e maltratados.
38 dunia tidak layak menampung mereka. Mereka merayau-rayau di gurun dan gunung-ganang, di gua-gua serta lubang-lubang di tanah.
38 Este mundo não era digno deles. Vagaram por desertos e montes, escondendo-se em cavernas e buracos na terra.
39 Semua mereka ini, sungguhpun mendapat kesaksian yang baik melalui iman, tidak menerima janji itu.
39 Todos eles obtiveram aprovação por causa de sua fé; no entanto, nenhum deles recebeu tudo que havia sido prometido.
40 Allah telah menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk kita, supaya mereka tidak disempurnakan tanpa kita.
40 Pois Deus tinha algo melhor preparado para nós, de modo que, sem nós, eles não chegassem à perfeição.

Ler em outra tradução

Comparar com outra

Estude este capítulo no WhatsApp

Peça à IA da Bíblia Fala para explicar Hebreus 11, comparar traduções ou montar um estudo — tudo direto pelo WhatsApp.