2 Timóteo 4

Kitab Suci Zabur dan Injil (ZLMKSZI) vs NAA

Sair da comparação
NAA Nova Almeida Atualizada 2017
1 Di hadapan Allah dan Isa al-Masih yang akan menghakimi mereka yang hidup dan yang mati, dan demi kedatangan-Nya serta kerajaan-Nya, aku menyerumu:
1 Diante de Deus e de Cristo Jesus, que há de julgar vivos e mortos, pela sua manifestação e pelo seu Reino, peço a você com insistência
2 Beritakanlah firman Allah, bersedialah pada setiap masa, baik masanya sesuai mahupun tidak. Tunjukkan apa yang salah, tegur dan nasihati mereka dengan seluruh kesabaran dan ajaran,
2 que pregue a palavra, insista, quer seja oportuno, quer não, corrija, repreenda, exorte com toda a paciência e doutrina.
3 kerana akan sampai masanya mereka tidak menerima ajaran yang benar, tetapi mengumpulkan ramai guru mengikut kehendak mereka sendiri untuk mengajar apa yang ingin didengar oleh mereka.
3 Pois virá o tempo em que não suportarão a sã doutrina; pelo contrário, se rodearão de mestres segundo as suas próprias cobiças, como que sentindo coceira nos ouvidos.
4 Mereka enggan mendengar ajaran yang benar tetapi menumpukan perhatian kepada cerita-cerita dongeng.
4 Eles se recusarão a dar ouvidos à verdade, entregando-se às fábulas.
5 Tetapi kamu, waspadalah dalam segala hal, tabah menanggung kesusahan, jalankan kerja menyebarkan Injil dan laksanakan tugas yang diamanahkan kepadamu dengan sempurna.
5 Mas você seja sóbrio em todas as coisas, suporte as aflições, faça o trabalho de um evangelista, cumpra plenamente o seu ministério.
6 Tentang diriku, kini aku laksana minuman yang sedang dituangkan sebagai persembahan kepada Allah, dan sudah hampir masanya aku pergi menghadap-Nya.
6 Quanto a mim, já estou sendo oferecido por libação, e o tempo da minha partida chegou.
7 Aku telah berjuang dalam perjuangan mulia ini, aku telah sampai ke garis akhir, aku telah setia dalam iman.
7 Combati o bom combate, completei a carreira, guardei a fé.
8 Sekarang mahkota kebenaran telah disediakan untukku. Junjungan, hakim yang adil itu, akan mengurniakannya kepadaku pada Hari itu, bukan kepadaku sahaja, tetapi kepada semua orang yang telah menunggu kedatangan-Nya dengan penuh rindu.
8 Desde agora me está guardada a coroa da justiça, que o Senhor, reto juiz, me dará naquele Dia; e não somente a mim, mas também a todos os que amam a sua vinda.
9 Berusahalah untuk mengunjungiku dengan segera.
9 Empenhe-se por vir até aqui o mais depressa possível.
10 Demas telah meninggalkanku kerana dia mencintai dunia ini, dia telah bertolak ke Tesalonika. Kreskes pula telah pergi ke Galatia dan Titus ke Dalmatia.
10 Porque Demas, tendo amado o presente século, me abandonou e se foi para Tessalônica. Crescente foi para a Galácia. Tito foi para a Dalmácia.
11 Hanya Lukas ada bersamaku. Dapatkan Markus dan bawa dia denganmu, kerana dia dapat membantuku dalam tugasku.
11 Somente Lucas está comigo. Encontre Marcos e traga-o junto com você, pois me é útil para o ministério.
12 Aku telah mengutus Tikhikus ke Efesus.
12 Quanto a Tíquico, mandei-o para Éfeso.
13 Apabila kamu datang kelak, bawa baju kot yang kutinggalkan dengan Karpus di Troas dan juga kitab-kitabku, terutamanya gulungan kulit.
13 Quando você vier, traga a capa que deixei em Trôade, na casa de Carpo. Traga também os livros, especialmente os pergaminhos.
14 Iskandar, tukang tembaga itu, telah banyak melakukan kejahatan terhadapku. Semoga Tuhan membalasnya setimpal dengan perbuatannya.
14 Alexandre, o ferreiro, me causou muitos males; o Senhor dará a retribuição de acordo com o que ele fez.
15 Kamu juga harus waspada dengannya, kerana dia menentang keras perkhabaran kita.
15 Tome cuidado com ele também você, porque resistiu fortemente às nossas palavras.
16 Ketika aku membela diriku pada kali pertama, tiada seorang pun berdiri di sisiku, semuanya meninggalkanku. Semoga Allah tidak menyalahkan mereka kerananya.
16 Na minha primeira defesa, ninguém foi a meu favor; todos me abandonaram. Que isto não lhes seja posto na conta!
17 Tetapi Tuhan menyertaiku dan memberiku kekuatan, supaya berita baik dapat disebarkan sepenuhnya melaluiku, dan semua orang bukan bani Israel dapat mendengarnya. Juga aku telah diselamatkan daripada mulut singa.
17 Mas o Senhor esteve ao meu lado e me revestiu de forças, para que, através de mim, a pregação fosse plenamente cumprida, e todos os gentios a ouvissem. E fui libertado da boca do leão.
18 Tuhan akan menyelamatkanku daripada segala perbuatan durjana dan memeliharaku untuk kerajaan-Nya di syurga. Segala kemuliaan bagi-Nya untuk selama-lamanya. Amin.
18 O Senhor me livrará também de toda obra maligna e me levará salvo para o seu Reino celestial. A ele, glória para todo o sempre. Amém!
19 Sampaikan salamku kepada Priskila dan Akwila, serta keluarga Onesiforus.
19 Dê saudações a Prisca e Áquila, e à casa de Onesíforo.
20 Erastus tinggal di Korintus, tetapi Trofimus kutinggalkan di Miletus kerana dia sakit.
20 Erasto ficou em Corinto. Quanto a Trófimo, deixei-o doente em Mileto.
21 Cubalah sedaya upayamu untuk datang sebelum musim dingin. Ebulus berkirim salam kepadamu, demikian juga Pudens, Linus, Klaudia dan semua saudara seiman yang lain.
21 Faça o possível para vir antes do inverno. Êubulo manda saudações; o mesmo fazem Prudente, Lino, Cláudia e todos os irmãos.
22 Semoga Tuhan bersama rohmu. Semoga kasih kurnia Allah menyertaimu.
22 O Senhor esteja com o seu espírito. A graça esteja com vocês.

Ler em outra tradução

Comparar com outra

Estude este capítulo no WhatsApp

Peça à IA da Bíblia Fala para explicar 2 Timóteo 4, comparar traduções ou montar um estudo — tudo direto pelo WhatsApp.