1 Tessalonicenses 4

Kitab Suci Zabur dan Injil (ZLMKSZI) vs ARA

Sair da comparação
ARA Almeida Revista e Atualizada 1993
1 Akhirnya, saudara-saudaraku, dengan nama Junjungan Isa, kami meminta dan menyeru kamu sebagaimana yang kamu pelajari daripada kami supaya kamu menegakkan cara hidup yang diredai Allah. Sebagaimana yang telah kamu lakukan sedemikian, lakukannya dengan lebih bersungguh-sungguh.
1 Finalmente, irmãos, nós vos rogamos e exortamos no Senhor Jesus que, como de nós recebestes, quanto à maneira por que deveis viver e agradar a Deus, e efetivamente estais fazendo, continueis progredindo cada vez mais;
2 Kamu mengetahui petunjuk-petunjuk yang telah kami berikan kepadamu melalui Junjungan Isa.
2 porque estais inteirados de quantas instruções vos demos da parte do Senhor Jesus.
3 Allah menghendakimu hidup suci dan menjauhkan diri daripada perbuatan yang cabul.
3 Pois esta é a vontade de Deus: a vossa santificação, que vos abstenhais da prostituição;
4 Hendaklah kamu masing-masing tahu bagaimana mengawal tubuh badan sendiri dan hidup dalam kesucian dan kehormatan,
4 que cada um de vós saiba possuir o próprio corpo em santificação e honra,
5 serta tidak menurut hawa nafsu seperti yang dilakukan oleh orang yang tidak mengenal Allah.
5 não com o desejo de lascívia, como os gentios que não conhecem a Deus;
6 Janganlah sesiapa berbuat salah kepada saudaranya atau memperdayanya dalam hal ini. Kami telah menyatakan ini kepadamu dulu dan memberikan amaran keras bahawa Tuhan akan menimpakan pembalasan kepada orang yang melakukan kesalahan demikian.
6 e que, nesta matéria, ninguém ofenda nem defraude a seu irmão; porque o Senhor, contra todas estas coisas, como antes vos avisamos e testificamos claramente, é o vingador,
7 Allah tidak memanggil kita supaya hidup cabul tetapi agar hidup dalam kesucian.
7 porquanto Deus não nos chamou para a impureza, e sim para a santificação.
8 Oleh yang demikian, sesiapa yang menolak ajaran ini bukanlah sekadar menolak manusia tetapi menolak Allah yang mengurniai kita Roh Suci-Nya.
8 Dessarte, quem rejeita estas coisas não rejeita o homem, e sim a Deus, que também vos dá o seu Espírito Santo.
9 Kami tidak perlu menuliskan betapa kamu harus kasih-mengasihi sebagai saudara. Allah telah mengajarmu supaya kasih-mengasihi.
9 No tocante ao amor fraternal, não há necessidade de que eu vos escreva, porquanto vós mesmos estais por Deus instruídos que deveis amar-vos uns aos outros;
10 Kamu telah pun mengamalkannya terhadap saudara-saudara seiman di serata Makedonia. Namun, saudara-saudaraku, kami menyerumu supaya lebih kasih-mengasihi lagi.
10 e, na verdade, estais praticando isso mesmo para com todos os irmãos em toda a Macedônia. Contudo, vos exortamos, irmãos, a progredirdes cada vez mais
11 Berusahalah untuk hidup tenang, usah campuri hal orang dan carilah nafkah sendiri, sebagaimana yang kami katakan kepadamu dulu.
11 e a diligenciardes por viver tranquilamente, cuidar do que é vosso e trabalhar com as próprias mãos, como vos ordenamos;
12 Dengan demikian kamu akan dihormati oleh mereka yang bukan pengikut al-Masih dan kamu tidak akan kekurangan apa-apa.
12 de modo que vos porteis com dignidade para com os de fora e de nada venhais a precisar.
13 Saudara-saudaraku, kami mahu kamu mengetahui kebenaran tentang orang yang telah mati, agar kamu tidak bersedih seperti orang yang tidak mempunyai harapan.
13 Não queremos, porém, irmãos, que sejais ignorantes com respeito aos que dormem, para não vos entristecerdes como os demais, que não têm esperança.
14 Kita percaya bahawa Isa telah mati dan hidup semula. Kita juga percaya bahawa mereka yang beriman kepada Isa dan kemudiannya mati akan dihidupkan semula oleh Allah untuk hidup bersama-Nya.
14 Pois, se cremos que Jesus morreu e ressuscitou, assim também Deus, mediante Jesus, trará, em sua companhia, os que dormem.
15 Inilah ajaran Tuhan yang kami sampaikan kepadamu – pada hari kedatangan Junjungan yang masih hidup tidak akan mendahului mereka yang sudah mati.
15 Ora, ainda vos declaramos, por palavra do Senhor, isto: nós, os vivos, os que ficarmos até à vinda do Senhor, de modo algum precederemos os que dormem.
16 Pada waktu itu, Junjungan akan turun dari syurga dengan satu seruan yang kuat, dengan suara malaikat agung, dan dengan sangkakala Allah. Mereka yang beriman kepada al-Masih dan telah mati akan dibangkitkan terlebih dahulu.
16 Porquanto o Senhor mesmo, dada a sua palavra de ordem, ouvida a voz do arcanjo, e ressoada a trombeta de Deus, descerá dos céus, e os mortos em Cristo ressuscitarão primeiro;
17 Kemudian kita yang masih hidup ketika itu akan diangkat bersama mereka ke awan untuk bertemu dengan Junjungan di angkasa. Lantas kita akan bersama Junjungan selama-lamanya.
17 depois, nós, os vivos, os que ficarmos, seremos arrebatados juntamente com eles, entre nuvens, para o encontro do Senhor nos ares, e, assim, estaremos para sempre com o Senhor.
18 Oleh itu, hendaklah kamu menyenangkan hati sesama sendiri dengan kata-kata ini.
18 Consolai-vos, pois, uns aos outros com estas palavras.

Ler em outra tradução

Comparar com outra

Estude este capítulo no WhatsApp

Peça à IA da Bíblia Fala para explicar 1 Tessalonicenses 4, comparar traduções ou montar um estudo — tudo direto pelo WhatsApp.