Lucas 16
Contextualized Malay NT (ZLM_KSZ) vs ACF
1 Isa berkata kepada pengikut-pengikut-Nya: ‘Seorang kaya mempunyai seorang pengurus untuk harta bendanya. Dia diberitahu bahawa pengurus itu memboroskan wang tuannya.
1 E dizia também aos seus discípulos: Havia um certo homem rico, o qual tinha um mordomo; e este foi acusado perante ele de dissipar os seus bens.
2 Tuan itu memanggil pengurus itu lalu berkata, “Apakah yang telah kudengar tentangmu? Serahkanlah kira-kira yang lengkap bagi semua hartaku kerana kamu tidak boleh menjadi pengurus lagi.”
2 E ele, chamando-o, disse-lhe: Que é isto que ouço de ti? Dá contas da tua mordomia, porque já não poderás ser mais meu mordomo.
3 ‘Pengurus itu berkata kepada dirinya, “Apakah harus aku buat? Aku tidak kuat untuk mencangkul dan aku malu meminta sedekah.
3 E o mordomo disse consigo: Que farei, pois que o meu senhor me tira a mordomia? Cavar, não posso; de mendigar, tenho vergonha.
4 Aku tahu apa yang harus aku buat supaya apabila aku dipecat nanti daripada jawatan pengurus itu, aku ada ramai sahabat yang akan menerimaku ke rumah mereka.”
4 Eu sei o que hei de fazer, para que, quando for desapossado da mordomia, me recebam em suas casas.
5 ‘Dia pun memanggil semua orang yang berhutang kepada tuannya. Dia berkata kepada orang yang pertama, “Berapakah hutangmu kepada tuan aku?”
5 E, chamando a si cada um dos devedores do seu senhor, disse ao primeiro: Quanto deves ao meu senhor?
6 ‘Orang itu menjawab, “Seratus tong minyak zaitun.” Pengurus itu berkata, “Inilah kira-kiramu. Duduk dan tulislah lima puluh.”
6 E ele respondeu: Cem medidas de azeite. E disse-lhe: Toma a tua obrigação, e assentando-te já, escreve cinqüenta.
7 ‘Dia berkata kepada seorang yang lain, “Berapakah hutangmu pula?” ‘Orang itu menjawab, “Seratus pikul gandum.” ‘Pengurus itu berkata, “Inilah kira-kiramu. Tulislah lapan puluh.”
7 Disse depois a outro: E tu, quanto deves? E ele respondeu: Cem alqueires de trigo. E disse-lhe: Toma a tua obrigação, e escreve oitenta.
8 ‘Tuan itu memuji pengurus yang tidak jujur itu kerana perbuatannya yang cerdik. Orang duniawi lebih cerdik menguruskan pekerjaan mereka daripada orang yang hidup dalam nur.
8 E louvou aquele senhor o injusto mordomo por haver procedido prudentemente, porque os filhos deste mundo são mais prudentes na sua geração do que os filhos da luz.
9 Aku berkata kepadamu supaya menggunakan kekayaan dunia untuk mendapat sahabat bagi dirimu. Apabila kekayaanmu lenyap, kamu akan disambut ke tempat kediaman yang kekal.
9 E eu vos digo: Granjeai amigos com as riquezas da injustiça; para que, quando estas vos faltarem, vos recebam eles nos tabernáculos eternos.
10 ‘Orang yang setia dalam perkara yang kecil akan setia juga dalam perkara yang besar; dan orang yang tidak setia dalam perkara yang kecil tidak akan setia dalam perkara yang besar.
10 Quem é fiel no mínimo, também é fiel no muito; quem é injusto no mínimo, também é injusto no muito.
11 Oleh itu, jikalau kamu tidak setia dalam kekayaan dunia ini, siapakah yang akan mengamanahkan kekayaan yang sejati kepadamu?
11 Pois, se nas riquezas injustas não fostes fiéis, quem vos confiará as verdadeiras?
12 Dan jikalau kamu tidak setia dengan milik orang lain, siapakah pula yang akan memberimu apa yang menjadi milik kamu sendiri?
12 E, se no alheio não fostes fiéis, quem vos dará o que é vosso?
13 ‘Tiada seorang hamba yang dapat menghambakan diri kepada dua orang tuan. Dia akan membenci seorang dan mengasihi seorang lagi ataupun dia akan taat kepada seorang dan menghina seorang lagi. Kamu tidak dapat bekerja untuk Allah dan untuk kekayaan.’
13 Nenhum servo pode servir dois senhores; porque, ou há de odiar um e amar o outro, ou se há de chegar a um e desprezar o outro. Não podeis servir a Deus e a Mamom.
14 Orang Farisi yang mendengar kata-kata Isa mengejek-Nya kerana mereka loba akan wang.
14 E os fariseus, que eram avarentos, ouviam todas estas coisas, e zombavam dele.
15 Isa berkata kepada mereka, ‘Kamulah orang yang berpura-pura bertakwa di hadapan khalayak ramai, tetapi Allah mengetahui isi hatimu. Apa yang dianggap berharga oleh manusia tidak ada nilainya di sisi Allah.
15 E disse-lhes: Vós sois os que vos justificais a vós mesmos diante dos homens, mas Deus conhece os vossos corações, porque o que entre os homens é elevado, perante Deus é abominação.
16 ‘Sebenarnya, hukum Taurat dan kitab segala nabi berkuatkuasa sehingga zaman Yahya. Semenjak itu, perkhabaran baik tentang kerajaan Allah diberitakan, dan orang berasak-asak hendak memasukinya.
16 A lei e os profetas duraram até João; desde então é anunciado o reino de Deus, e todo o homem emprega força para entrar nele.
17 Tetapi lebih mudah lenyapnya langit dan bumi daripada hilangnya sepatah kata pun hukum Taurat.
17 E é mais fácil passar o céu e a terra do que cair um til da lei.
18 ‘Sesiapa yang menceraikan isterinya dan berkahwin dengan perempuan lain, berzina. Begitu juga dengan lelaki yang berkahwin dengan seorang perempuan yang telah diceraikan oleh suaminya.
18 Qualquer que deixa sua mulher, e casa com outra, adultera; e aquele que casa com a repudiada pelo marido, adultera também.
19 ‘Ada seorang kaya yang berpakaian mahal-mahal dan hidup dalam kemewahan setiap hari.
19 Ora, havia um homem rico, e vestia-se de púrpura e de linho finíssimo, e vivia todos os dias regalada e esplendidamente.
20 Ada pula seorang peminta sedekah bernama Lazarus yang penuh dengan pekung. Dia selalu dibawa ke muka pintu rumah orang kaya itu.
20 Havia também um certo mendigo, chamado Lázaro, que jazia cheio de chagas à porta daquele;
21 Dia ingin mendapat sisa-sisa makanan yang dibuang dari meja orang kaya itu. Anjing pula datang menjilat pekung-pekungnya.
21 E desejava alimentar-se com as migalhas que caíam da mesa do rico; e os próprios cães vinham lamber-lhe as chagas.
22 ‘Peminta sedekah itu mati dan malaikat-malaikat membawanya ke sisi Ibrahim di syurga. Orang kaya itu pun mati lalu dikebumikan.
22 E aconteceu que o mendigo morreu, e foi levado pelos anjos para o seio de Abraão; e morreu também o rico, e foi sepultado.
23 Dia menderita di alam maut. Apabila dia memandang ke atas, dia nampak Ibrahim jauh di sana dan Lazarus di sisinya.
23 E no inferno, ergueu os olhos, estando em tormentos, e viu ao longe Abraão, e Lázaro no seu seio.
24 Dia berseru, “Bapa Ibrahim, kasihanilah aku dan suruh Lazarus datang mencelupkan jarinya di dalam air untuk menyejukkan lidahku kerana aku sengsara di dalam nyala api ini.”
24 E, clamando, disse: Pai Abraão, tem misericórdia de mim, e manda a Lázaro, que molhe na água a ponta do seu dedo e me refresque a língua, porque estou atormentado nesta chama.
25 ‘Tetapi Ibrahim berkata, “Anakku, ingatlah bahawa engkau telah menikmati kesenangan pada masa hidupmu, tetapi Lazarus mengalami kesengsaraan. Sekarang Lazarus senang di sini tetapi engkau menderita.
25 Disse, porém, Abraão: Filho, lembra-te de que recebeste os teus bens em tua vida, e Lázaro somente males; e agora este é consolado e tu atormentado.
26 Selain itu, terdapat satu jurang yang dalam di antara kami dengan kamu supaya orang yang hendak menyeberang dari sini kepada kamu tidak dapat berbuat demikian, dan orang dari sana tidak dapat menyeberang kepada kami.”
26 E, além disso, está posto um grande abismo entre nós e vós, de sorte que os que quisessem passar daqui para vós não poderiam, nem tampouco os de lá passar para cá.
27 ‘Orang kaya itu berkata, “Jikalau begitu, aku memohon, ya bapa, suruh Lazarus ke rumah ayahku
27 E disse ele: Rogo-te, pois, ó pai, que o mandes à casa de meu pai,
28 kerana aku mempunyai lima adik-beradik lelaki. Biarlah Lazarus pergi memberikan amaran kepada mereka supaya mereka tidak datang ke tempat sengsara ini.”
28 Pois tenho cinco irmãos; para que lhes dê testemunho, a fim de que não venham também para este lugar de tormento.
29 ‘Ibrahim berkata, “Mereka ada kitab Musa dan nabi-nabi. Biarlah mereka mendengar pengajaran itu.”
29 Disse-lhe Abraão: Têm Moisés e os profetas; ouçam-nos.
30 ‘Orang kaya itu berkata, “Itu tidak cukup, Bapa Ibrahim. Jikalau seorang antara orang mati pergi kepada mereka, tentu mereka akan bertaubat daripada dosa-dosa mereka.”
30 E disse ele: Não, pai Abraão; mas, se algum dentre os mortos fosse ter com eles, arrepender-se-iam.
31 ‘Tetapi Ibrahim berkata, “Jikalau mereka tidak mahu mendengar pengajaran kitab Musa dan nabi-nabi, mereka tidak akan percaya sekalipun seorang bangkit daripada kematian.” ’
31 Porém, Abraão lhe disse: Se não ouvem a Moisés e aos profetas, tampouco acreditarão, ainda que algum dos mortos ressuscite.
Atalhos do teclado
- Capítulo anterior←
- Próximo capítulo→
- Versículo anteriork
- Próximo versículoj
- Limpar seleçãoEsc
- Esta ajuda?
Estude este capítulo no WhatsApp
Peça à IA da Bíblia Fala para explicar Lucas 16, comparar traduções ou montar um estudo — tudo direto pelo WhatsApp.