João 16

Contextualized Malay NT (ZLM_KSZ) vs BKJ

Sair da comparação
1 ‘Semua ini Kukatakan kepadamu supaya kamu tidak sesat.
1 Estas coisas eu vos tenho dito para que não vos ofendais.
2 Mereka akan menyingkirkanmu daripada saumaah. Masanya akan tiba ketika semua orang yang membunuhmu menganggap bahawa dengan berbuat demikian dia mengabdi kepada Allah.
2 Eles vos expulsarão das sinagogas; sim, vem a hora em que todo o que vos matar julgará prestar um serviço a Deus.
3 Perkara ini akan dilakukan oleh mereka, kerana mereka belum mengenal Bapa mahupun Aku.
3 E essas coisas eles vos farão, porque não conheceram ao Pai, nem a mim.
4 Semua ini Kukatakan kepadamu supaya ketika berlaku nanti, kamu akan ingat bahawa Aku sudahpun memberitahumu. Aku tidak memberitahumu dari mulanya lagi kerana Aku masih bersamamu.
4 Mas tenho-vos dito estas coisas, para que, quando chegar aquela hora, vos lembreis de que eu vo-las tinha dito. Isto eu não vos disse no princípio, porque estava convosco.
5 ‘Tetapi sekarang Aku akan pergi kepada Dia yang mengutus-Ku. Tidak seorang pun antaramu bertanya, “Ke mana Aku hendak pergi?”
5 Mas agora, eu vou para aquele que me enviou; e nenhum de vós me pergunta: Para onde tu vais?
6 Sekarang kamu bersedih, kerana Aku telah memberitahu perkara ini kepadamu.
6 Mas porque eu vos disse essas coisas, a tristeza encheu o vosso coração.
7 Apa yang Kukatakan kepadamu ini benar; untuk kepentinganmu, baiklah Aku pergi. Selagi Aku tidak pergi, Penolong itu tidak akan datang kepadamu. Jika Aku pergi, Aku akan mengutus-Nya kepadamu.
7 Todavia, digo-vos a verdade: Convém-vos que eu vá; porque se eu não for, o Consolador não virá a vós; mas, se eu for, eu vo-lo enviarei.
8 Setelah Dia datang nanti, Dia akan menginsafkan dunia tentang dosa, kebenaran, dan penghakiman;
8 E, quando ele vier, convencerá o mundo do pecado, e da justiça, e do juízo;
9 tentang dosa kerana mereka tidak percaya kepada-Ku;
9 do pecado, porque eles não creem em mim;
10 tentang kebenaran kerana Aku akan pergi kepada Bapa dan kamu tidak akan melihat-Ku lagi;
10 da justiça, porque eu vou para meu Pai, e vós não me vereis mais;
11 dan tentang penghakiman kerana pemerintah dunia ini telah dihakimi.
11 e do juízo, porque o príncipe deste mundo já está julgado.
12 ‘Ada banyak lagi yang ingin Kukatakan kepadamu, tetapi kamu belum berupaya menerimanya.
12 Eu ainda tenho muitas coisas a vos dizer, mas vós não o podeis suportar agora.
13 Tetapi apabila Dia, iaitu Roh Kebenaran, datang Dia akan membimbingmu ke arah segala kebenaran. Roh itu tidak akan mengatakan sesuatu menurut kehendak-Nya sendiri. Dia akan menyampaikan apa yang didengar-Nya dan memberitahumu apa yang akan terjadi.
13 No entanto, quando ele, o Espírito da verdade vier, ele vos guiará em toda a verdade; porque ele não falará de si mesmo, mas tudo o que ele ouvir, isso ele dirá; e vos anunciará as coisas vindouras.
14 Roh itu akan memuliakan-Ku, kerana Dia akan menerima apa yang berasal daripada-Ku dan menyatakannya kepadamu.
14 Ele me glorificará; porque receberá do que é meu, e vo-lo mostrará.
15 Segala milik Bapa-Ku milik-Ku juga. Maka itulah Kukatakan bahawa Dia akan menerima apa yang berasal daripada-Ku dan menyatakannya kepadamu.’
15 Todas as coisas que o Pai tem são minhas; portanto eu vos digo, que ele tomará do que é meu, e vo-lo mostrará.
16 Isa berkata, ‘Tidak lama lagi, kamu tidak akan melihat-Ku dan tidak lama kemudian, kamu akan melihat-Ku.’
16 Um pouco mais, e não me vereis; e novamente um pouco mais, e ver-me-eis, porque eu vou para o Pai.
17 Sebilangan pengikut Isa tertanya-tanya sesama sendiri, ‘Apakah maksud kata-Nya, “Tidak lama lagi kamu tidak akan melihat-Ku, dan tidak lama kemudian kamu akan melihat-Ku”? Dia juga berkata, “Aku akan pergi kepada Bapa.” ’
17 Então, alguns dos seus discípulos disseram entre si: O que é isto que ele nos diz: Um pouco mais, e não me vereis; e novamente um pouco mais, e ver-me-eis; e: Porque eu vou para o Pai?
18 Mereka berkata, ‘Apakah maksud “tidak lama lagi”? Kami tidak faham erti kata-kata-Nya!’
18 Portanto, eles diziam: O que quer dizer isto: Um pouco mais? Nós não sabemos o que ele diz.
19 Isa tahu bahawa mereka ingin bertanya kepada-Nya. Lalu kata-Nya kepada mereka, ‘Tadi Aku berkata, “Tidak lama lagi kamu tidak akan melihat-Ku, dan tidak lama kemudian kamu akan melihat-Ku.” Adakah kamu mempersoalkan kata-Ku itu?
19 Ora, Jesus percebeu que o queriam interrogar e disse-lhes: Indagais entre vós acerca disto que eu disse: Um pouco mais, e não me vereis; e novamente um pouco mais, e ver-me-eis?
20 Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, kamu akan menangis dan meratap, tetapi dunia akan bersuka ria. Kamu akan bersedih, namun kesedihanmu akan berubah menjadi kegembiraan.
20 Na verdade, na verdade eu vos digo, que chorareis e vos lamentareis, mas o mundo se alegrará; e vós estareis tristes, mas a vossa tristeza se converterá em alegria.
21 Apabila seorang perempuan hendak melahirkan anak, dia menderita kesakitan kerana masanya sudah tiba. Tetapi sebaik sahaja anak itu lahir, dia lupa akan penderitaannya. Dia bersukacita kerana seorang anak telah lahir ke dunia.
21 A mulher, quando está para dar à luz, sente tristeza, porque é chegada a sua hora; mas, logo após ela ter dado à luz a criança, já não se lembra da angústia, pela alegria de haver nascido um homem ao mundo.
22 Begitulah juga kamu bersedih sekarang, tetapi Aku akan menemui kamu lagi. Hatimu akan dipenuhi kegembiraan, yang tidak dapat diragut oleh sesiapapun.
22 Agora portanto, vós tendes tristeza; mas eu vos verei novamente, e o vosso coração se alegrará, e a vossa alegria, nenhum homem vo-la tirará.
23 Pada ketika itu, kamu tidak akan bertanya apa-apa lagi kepada-Ku. Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, apa sahaja yang kamu minta dalam nama-Ku, Bapa akan mengurniakannya kepadamu.
23 E naquele dia não me perguntareis nada. Na verdade, na verdade eu vos digo: Tudo quanto pedirdes a meu Pai em meu nome, ele vo-lo há de dar.
24 Hingga saat ini belum pernah kamu minta sesuatu dalam nama-Ku. Mintalah, kamu akan menerimanya dan sempurnalah kegembiraanmu.
24 Até agora não pedistes nada em meu nome; pedi, e recebereis, para que a vossa alegria possa ser completa.
25 ‘Aku telah mengatakan semua ini kepadamu secara kiasan. Tetapi akan sampai ketikanya Aku tidak lagi menggunakan kiasan; Aku akan berterus-terang kepadamu tentang Bapa.
25 Estas coisas eu vos tenho dito por provérbios; mas virá a hora em que eu não falarei mais por provérbios, mas abertamente eu vos falarei sobre o Pai.
26 Pada hari itu, kamu akan meminta dalam nama-Ku. Aku tidak berkata Aku akan meminta kepada Bapa bagi pihakmu.
26 Naquele dia pedireis em meu nome; e não vos digo que eu rogarei ao Pai por vós;
27 Bapa sendiri mengasihimu, kerana kamu mengasihi-Ku dan percaya Aku datang daripada Bapa.
27 pois o próprio Pai vos ama, porque vós tens me amado, e tens acreditado que eu saí de Deus.
28 Aku memang berasal daripada Bapa dan datang ke dunia. Tetapi sekarang Aku meninggalkan dunia ini dan pulang semula kepada Bapa.’
28 Eu saí do Pai, e vim ao mundo; outra vez eu deixo o mundo, e vou para o Pai.
29 Para pengikut-Nya berkata, ‘Sekarang barulah Junjungan bercakap terus-terang, tanpa menggunakan kiasan.
29 Disseram-lhe os seus discípulos: Eis que agora falas abertamente, e não dizes provérbios.
30 Sekarang kami faham bahawa Junjungan mengetahui segala-galanya dan sesiapapun tidak perlu lagi bertanya apa-apa kepada-Mu. Oleh itu kami percaya bahawa Junjungan datang daripada Allah.’
30 Agora estamos certos de que tu sabes todas as coisas, e não necessitas de que algum homem te interrogue; por isso nós cremos que tu vieste de Deus.
31 Isa berkata kepada mereka, ‘Percayakah kamu sekarang?
31 Respondeu-lhes Jesus: Agora vós credes?
32 Saatnya akan datang, malah sudahpun sampai, ketika kamu akan bertempiaran. Kamu akan menjaga diri masing-masing, dan meninggalkan Aku keseorangan. Tetapi sebenarnya Aku tidaklah keseorangan, kerana Bapa bersama-Ku.
32 Eis que vem a hora, sim, agora é chegada, em que vós sereis dispersos, cada homem para o que é seu, e me deixareis só; mas eu não estou só, porque o Pai está comigo.
33 ‘Segala ini Kukatakan kepadamu supaya kamu beroleh sejahtera di dalam Aku. Di dalam dunia kamu akan menghadapi pancaroba; tetapi tabahkanlah hatimu, kerana Aku telah menewaskan dunia.’
33 Estas coisas eu vos tenho dito para que em mim tenhais paz. No mundo tereis tribulações; mas tende bom ânimo, eu venci o mundo.

Ler em outra tradução

Comparar com outra

Estude este capítulo no WhatsApp

Peça à IA da Bíblia Fala para explicar João 16, comparar traduções ou montar um estudo — tudo direto pelo WhatsApp.