1 Pokok segala yang kami katakan: Kita mempunyai Imam Besar yang duduk di sebelah kanan takhta Allah Yang Maha Mulia di syurga.
2 Dia adalah Penjawat di tempat suci dan di khemah sejati, yang dibina oleh Tuhan, bukan oleh manusia.
3 Setiap Imam Besar dilantik untuk membuat persembahan dan korban. Oleh itu Imam Besar ini juga mesti ada sesuatu untuk dipersembahkan.
4 Sekiranya Dia di bumi, Dia tidaklah menjadi imam, kerana ada imam yang membuat persembahan menurut hukum Taurat.
5 Imam di dunia mempersembahkan salinan dan bayang-bayang perkara di syurga. Demikianlah arahan kepada Musa tatkala dia bersedia untuk membuat khemah itu. Allah berfirman, ‘Pastikan bahawa engkau membuat segalanya menurut contoh yang ditunjukkan kepadamu di atas gunung itu.’
6 Tetapi sekarang Dia telah mendapat jawatan yang lebih tinggi, kerana Dia juga menjadi Pengantara bagi perjanjian yang lebih baik, yang diasaskan pada janji-janji yang lebih baik.
7 Andainya perjanjian pertama itu tidak bercela, tidaklah perlu diadakan perjanjian lagi.
8 Tetapi Allah telah mendapati mereka bercela lalu berfirman:
9 tidak seperti perjanjian
10 Inilah perjanjian yang akan Kubuat
11 Tiada seorang pun daripada mereka
12 Aku akan berbelas kasihan terhadap
13 Dengan menyebut ‘perjanjian baru,’ Tuhan telah menjadikan perjanjian pertama dahulu tidak terpakai lagi. Sesuatu yang kian tidak terpakai dan usang sudah sampai masanya untuk lenyap.