1 Selepas itu, kulihat empat malaikat berdiri di empat penjuru bumi dan menahan keempat-empat angin di bumi supaya tidak ada angin yang bertiup di darat, di laut, atau di pohon-pohon.
2 Kemudian kulihat malaikat lain datang dari timur membawa materai yang digunakan oleh Allah yang hidup. Dengan suara lantang malaikat itu berseru kepada empat malaikat yang telah diberi kuasa untuk merosakkan darat dan laut.
3 Malaikat itu berkata, ‘Janganlah rosakkan darat, laut atau pohon-pohon hingga kami telah mematerai dahi hamba-hamba Allah Tuhan kita.’
4 Lalu aku mendengar bahawa seratus empat puluh empat ribu dari semua suku Israel dimateraikan.
5 Dari suku Yahuda dua belas ribu,
6 dari suku Asyer dua belas ribu
7 dari suku Simeon dua belas ribu,
8 dari suku Zabulon dua belas ribu,
9 Selepas itu aku melihat lagi. Kulihat lautan manusia, tidak terkira banyaknya, dari segala bangsa, suku, kaum, dan bahasa, berjubah putih dan memegang daun palma. Mereka semua berdiri di hadapan takhta dan Anak Domba.
10 Mereka berseru dengan lantang,
11 Semua malaikat berdiri mengelilingi takhta, empat makhluk dan para tua-tua, lalu semuanya sujud di hadapan takhta menyembah Allah.
12 Mereka berkata,
13 Salah seorang tua-tua itu bertanya kepadaku, ‘Siapakah yang berjubah putih itu dan dari manakah mereka itu?’
14 ‘Aku tidak tahu, tetapi tuan tahu,’ sahutku. Dia berkata, ‘Merekalah orang yang berjaya menempuh kesengsaraan yang dahsyat. Mereka telah membasuh jubah mereka menjadi putih bersih dengan darah Anak Domba.
15 Maka sekarang,
16 Mereka tidak akan lapar atau dahaga lagi.
17 kerana Anak Domba di tengah-tengah takhta itu akan menjadi