1 Selepas segala ini, aku melihat satu lagi malaikat turun dari syurga, dengan kekuasaan besar, dan bumi diterangi oleh kemuliaannya.
2 Dia berseru dengan suara yang lantang dan hebat,
3 Semua bangsa telah minum air anggur
4 Aku mendengar satu suara lagi dari syurga berkata,
5 Segala dosanya telah sampai ke syurga
6 Perlakukan dia sebagaimana dia telah memperlakukanmu,
7 Sebagaimana dia telah memuliakan dirinya dan hidup mewah,
8 Oleh itu pelbagai bencana akan menimpanya dalam satu hari sahaja,
9 ‘Raja-raja dunia yang berzina dan hidup mewah dengannya akan menangis dan meratapinya apabila mereka melihat asap api yang membakarnya.
10 Sambil berdiri jauh kerana takut akan kesengsaraannya, mereka berkata,
11 ‘Saudagar-saudagar dunia akan menangis dan meratapinya, kerana tiada siapa membeli dagangan mereka lagi –
12 dagangan emas, perak, permata dan mutiara, kain khasah, kain ungu, kain sutera dan kain kesumba, setiap jenis kayu yang harum baunya, segala bekas daripada gading, kayu indah, tembaga, besi dan batu marmar,
13 juga kayu manis, rempah-ratus, setanggi, minyak wangi, dupa, air anggur, minyak zaitun, tepung halus, gandum, dan lembu, domba, kuda, kenderaan abdi, serta manusia.
14 ‘Mereka akan berkata, “Buah-buahan yang diidami oleh hati jiwamu telah lenyap dari matamu, dan segala benda yang mewah serta hebat telah terlepas dari tanganmu, dan kamu tidak akan mendapatkannya lagi.”
15 Saudagar-saudagar yang menjual segala dagangan itu, yang telah menjadi kaya-raya kerananya, akan berdiri jauh kerana takut akan kesengsaraannya, sambil menangis dan meratap.
16 Mereka akan berkata,
17 Dalam sejam sahaja segala kemewahan itu lenyap sama sekali.”
18 Mereka menangis melihat asap api yang membakarnya, sambil berkata, “Kota manakah yang setanding dengan kota agung ini?”
19 Mereka meletakkan debu ke atas kepala mereka sambil berseru dengan ratap tangisnya,
20 Bergembiralah melihat keadaannya,
21 Kemudian malaikat yang gagah perkasa mengangkat batu yang besarnya seperti batu kisar rupanya lalu melontarkannya ke dalam laut sambil berkata,
22 Bunyi orang bermain kecapi,
23 Cahaya lampu tidak akan bersinar lagi di dalammu.
24 Di dalamnya telah didapati darah